Empat kilang yang terbakar adalah dua buah kilang kitar semula dan bahan sekerap, sebuah kilang hawa dingin dan sebuah kilang pembuatan.
Kebakaran dipercayai berlaku pada pukul 3.30 petang Rabu dari salah sebuah kilang.
Asap hitam dan tebal dilihat berkepul di udara.
Jamilah Musa, seorang pekerja dari syarikat kitar semula berkata tidak ada seorang pun yang berada di kilang apabila kebakaran berlaku.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum ditentukan.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.