Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata jika China bersetuju, pasangan tapir berkenaan akan dihantar ke sana dalam tahun ini juga.
"Kita sudah beritahu China dan sedang tunggu jawapan mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus-pengurus Kawasan Peliharaan Kebangsaan yang pertama di Taman Negara Kuala Tahan, di sini Rabu.
Media sebelum ini melaporkan tapir antara haiwan yang dijangka dipinjamkan kepada China sebagai pertukaran balas sepasang beruang panda gergasi yang tiba di negara ini bulan lepas.
"Kemungkinan kita akan beri kemasukan percuma untuk tujuh atau 10 hari sahaja," katanya.