suria

Bayi Mati Dalam Gaung: Agen Pembantu Rumah Akan Didakwa

PETALING JAYA: Seorang agen pembantu rumah akan didakwa Selasa depan atas kesalahan membunuh seorang bayi yang ditemui mati di gaung di Genting Highlands 

Ketua Polis Selangor Timbalan Komisioner Kanan, Datuk Abdul Samah Mat berkata lelaki yang berusia 40an itu juga berhadapan dengan tuduhan penyeludupan manusia.

Lebih mengejutkan apabila, sindiket tersebut dikatakan telah memaksa pembantu rumah warga asing bekerja tanpa apa-apa bayaran dan mereka turut didera secara seksual. 

"13 orang wanita diselamatkan selepas sindiket diserbu. Seorang wanita bersama anaknya turut berada dalam keadaan yang baik. 

"Mereka masih ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen atas kesalahan tinggal terlalu lama dan tidak mempunyai kerja. 

"Saya tidak boleh komen mengenai dakwaan bahawa suspek telah merogol beberapa wanita namun perkara berkenaan sedang disiasat," katanya. 

Polis telah dimaklumkan mengenai kes pada 31 Mei lalu selepas wanita Indonesia berusia 33 tahun, mendakwa dia telah bekerja dengan agensi tersebut selama dua tahun. 

Mangsa membuat laporan polis dengan mendakwa bayinya telah mati namun dia tidak dapat menemuinya. 

Mangsa mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh majikannya tahun lalu dan bayi tersebut telah dilahirkan pada 23 Novemberu lalu. 

Pada 2 Jun lalu, polis telah menyerbu tiga rumah di Kota Kemuning dan berjaya menyelamatkan 12 wanita warga Indonesia yang berusia antara 20 hingga 30 an. 

Difahamkan lelaki berkenaan tidak membayar gaji kepada pembantu rumah berkenaan sementara pekerja lain turut dijadikan sebagai hamba seks. 

Suspek memberitahu pihak polis bahawa dia dengan sengaja memisahkan ibu dengan bayi berusia 6 bulan itu kerana bimbang bayi tersebut dijangkiti Hepatitis B 


pembantu rumah

Artikel Lain