PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak tweet Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai 'sijil cuti sakit' (MC). Khairy tweet @NajibRazak pada 5.56 pagi pada Jumaat, selepas perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dan Croatia. "Bos, saya demam panas. Badan terasa sakit dan tidak dapat bangun sejak semalam. Maaf saya tidak dapat hadir kerja hari ini. Saya akan kemukakan MC esok. #CubaNasib." Najib membalas tweet itu lewat Jumaat: “@KhairyKJ Senang hati kerana kamu dalam keadaan sihat untuk menghadiri mesyuarat Kabinet #MCDitolak." Tweet Perdana Menteri itu 'diretweet; 1,680 kali dan mendapat status suka 625 kali. Khairy dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga retweet jawapan Najib dengan Khairy seterusnya mengirim skrin telefon perbualannya dengan Najib dengan nota: 'Satu pengajaran kepada sesiapa yang mahu menipu bos mereka pada musim Piala Dunia." Sehingga 3 petang Jumaat, tweet Khairy yang pertama telah diretweet 5,339 kali dan mendapat status suka 1,837 kali. Awal pagi Jumaat, Khairy menghadiri Fiesta Samba Brazil di Dataran Merdeka dan menyaksikan perlawanan pembukaan bersama ratusan peminat bola sepak.