Perdana Menteri berkata ia juga tergambar daripada perjumpaan tertutup yang dihadirinya bersama pimpinan parti-parti komponen BN Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pagi tadi.
Pada PRK 31 Mei lalu, Mah yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Menurut rekod, kemenangan Mah bukan sahaja menyaksikan kejayaan merampas semula kerusi Parlimen berkenaan malah memperkukuh kedudukannya sebagai Presiden Gerakan yang dimenangi Oktober tahun lepas, serta kedudukan parti itu dalam BN.