Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, mayat Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, ditemui 1.30 tengah hari oleh pasukan penyelamat.
"Mayat murid yang hilang sejak dua hari lepas itu ditemui di Lubuk Bidara dekat situ kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa dihantar ke HospitalRaub untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama hari ini.
Mangsa tiba-tiba didapati hilang semasa sedang mandi di situ kira-kira jam 11 pagi sebelum anggota keluarga cuba mencarinya dan membuat laporan polis di Balai Polis Dong.