suria

Bapa Utamakan Empat Anak Jadi Doktor Sebelum Belajar Bidang Perubatan

Dr Chew menunjukkan gambar-gambar baharu dan lama mengenai anak-anaknya, di Petaling Jaya baru-baru ini. Foto LOW LAY PHON / THE STAR

PETALING JAYA: Seorang bapa memberi inspirasi kepada keempat-empat anaknya untuk menjadi doktor dengan menanamkan minat dalam bidang perubatan. Selepas kesemua anaknya bergelar doktor, barulah beliau meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan. 

Hari ini pada usianya 59 tahun, beliau adalah Dr Chew Eng Khuan, graduan yang paling tua dari Sekolah Perubatan di Angeles University Foundation yang ditubuhkan pada 1984 di Filipina.

Bapa tunggal itu membuat simpanan yang mencukupi untuk anak-anak lelakinya dapat belajar dalam bidang perubatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga anaknya menerima biasiswa.

Jadi, lima tahun lalu, seorang bekas pensyarah pergi ke Filipina untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, menggunakan peruntukan kewangan yang tidak digunakan oleh anak-anaknya.

"Saya amat berterima kasih kepada anak-anak saya kerana belajar dengan bersungguh-sungguh, dan mereka menggunakan kewangan sendiri untuk pendidikan mereka," katanya.

Beliau menerima ijazah perubatan pada 22 April lalu.

Chew dibesarkan di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah. Kedua-dua ibu bapa angkatnya merupakan imigran yang miskin dari China tetapi mereka memahami mengenai betapa pentingnya pendidikan itu.

"Saya seorang bayi yang ditinggalkan, bayangkan tidak mempunyai nama dalam sijil kelahiran," katanya.

"Kesemuanya sudah berubah. Saya bersyukur kerana menjadi apa yang saya sekarang," kata Chew, yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biokimia dan Kimia, dan Diploma dalam Pengurusan Latihan.

Walaupun mencatatkan keputusan cemerlang dalam MCE (kini SPM), beliau ditawarkan untuk belajar dalam bidang sains di Universiti Malaya, dan bukannya perubatan.

Walaupun kecewa, beliau bagaimanapun tidak berputus asa.

"Saya sedar sekiranya saya mahu menjadi seorang yang berjaya, saya perlu melakukannya sendiri.

"Dalam hidup ini, terdapat banyak cabaran. Bagaimana anda melihatnya dan menanganinya adalah penting," katanya.

Chew kemudiannya menjadi seorang pensyarah pada usianya 37 tahun kerana beliau mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga dan tidak menyesal mengorbankan kerjaya korporatnya yang memberikan keuntungan, demi membesarkan anak-anaknya.

Menariknya, anak menantu perempuan Chew juga merupakan seorang doktor.

"Anak-anak lelaki saya menasihatkan saya supaya tidak mengikuti program perubatan kerana saya. Saya berharap saya boleh mendapat biasiswa untuk melanjurkan pelajar ke peringkat dok

Anak saya menasihati saya daripada berbuat program housemanship kerana usia saya. Saya berharap saya boleh mendapatkan biasiswa untuk melakukan ijazah kedoktoran dalam pengurusan penjagaan kesihatan di luar negata," katanya sambil menambah bahawa menubuhkan sebuah klinik keluarga Chew merupakan impiannya suatu hari nanti.

Anak-anaknya Chang Eek, 31, Chang Chuan, 28, Chang Feng, 25, dan Chang Fu, 23, masing-masing di Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Rusia.

Artikel Lain