Merujuk kepada mesyuarat khas dengan wakil dari Jabatan Agama Islam (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mufti negeri, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pada Isnin, Khalid berkata beberapa opsyen dibincangkan.
"Tiada keputusan dicapai kerana ahli exco masih belum memberi pandangan mengenai perkara ini.
"Sebaik sahaja exco memberikan pandangan mereka, saya akan memohon menghadap Tuanku untuk membuat keputusan akhir," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Pada 2 Januari lalu, Jais merampas 321 salinan Bible versi Bahasa Melayu (Alkitab) dan Bible Iban (Bup Kudus) dalam serbuan di pejabat BSM di sini.