suria

Penoreh Getah Disyaki Terbabit Kegiatan Militan Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang penoreh getah, 25, yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Rabu.

Dalam serbuan yang dijalankan, polis juga turut merampas sepucuk senapang yang dipercayai digunakan semasa menjalani latihan militan Disember tahun lalu. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin berkata, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah militan yang ditangkap kini seramai 16 orang.

"Kami percaya senjata itu digunakan oleh kumpulan militan tersebut semasa menjalani latihan.

"Siasatan awal mendapati kumpulan militan melatih ahli-ahli mereka di Gunung Arang Para di Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar pada Disember tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan militan.

"Suspek ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya.


militan, penoreh getah, ditahan

Artikel Lain