Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh.
"Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar di sini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi ini menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.
Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam.
Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi.