"Kini terdapat satu senarai menunggu (jawatan doktor pelatih) antara tiga hingga enam bulan dan tempoh menunggu mungkin lebih panjang pada masa akan datang.
"Sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengawal pembekalan doktor baharu, kami kini dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula kelayakan minimum (untuk masuk ke sekolah-sekolah perubatan)," kata Dr Subramaniam pada sidang akhbar di sini, Jumaat.
Tempoh latihan di hospital selama dua tahun adalah sebahagian daripada perantisan wajib bagi graduan perubatan yang mana apabila mereka berjaya menjalani latihan dalam tempoh itu, mereka akan diberi Sijil Perakuan Pendaftaran Penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
Satu lagi langkah yang telah dilaksanakan baru-baru ini untuk meningkatkan bilangan penempatan doktor pelatih termasuklah menugaskan doktor pelatih di klinik kesihatan awam.
Dalam perkembangan berasingan, Dr Subramaniam mengumumkan pewartaan tujuh lokasi di Johor sebagai zon bebas asap rokok berkuatkuasa 19 Jun.