PETALING JAYA: Gangguan pada sistem daftar masuk Malaysia Airlines menyebabkan kesesakan di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan stesen KL Sentral pada Jumaat. Difahamkan, sistem yang dikenali sebagai SITA itu tergendala buat sementara waktu dari pukul 5 petang. Sehingga pukul 9.10 malam, pasukan teknikal di KLIA masih cuba untuk menyelesaikan masalah ini.