Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan berkata, penjelasan itu boleh diberikan menerusi sesi pertemuan khas atau platform Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB).
"Kementerian mahu guru-guru kerap berjumpa ibu bapa bagi memberi penjelasan dan pencerahan berhubung perkara ini sebab ada sebilangan yang belum memahami apa itu peperiksaan PT3.
"Kita tidak mahu bila peperiksaan ini telah dilaksanakan, ada lagi ibu bapa yang tidak faham mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bersama-sama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini, Jumaat.
Beliau turut menasihati ibu bapa agar tidak ragu-ragu dan memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan sistem peperiksaan PT3 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kamalanathan berkata, guru besar dan guru juga perlu mempunyai pemahaman mendalam tentang peperiksaan tersebut supaya mereka tahu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaannya nanti.
Ini akan diikuti ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula pada 12 hingga 17 Okt depan dan ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini.