Setiausaha agungnya ialah Charupong Reuangsuwan, bekas presiden Parti Pheu Thai yang sedang melarikan diri setelah tidak mengendahkan saman dikeluarkan junta itu.
Beliau mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini sebagai pemimpin Pheu Thai, parti pemerintah bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang digulingkan oleh junta tentera dalam rampasan kuasa 22 Mei.
Matlamat kumpulan itu ialah untuk menentang junta tentera, dan memulih serta memperkukuh demokrasi Thai.
"Apa yang mereka telah rampas ialah kedaulatan dan hak asasi anda yang paling berharga yang dijamin secara sah di bawah satu tata kelola demokratik," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.