Di SHAH ALAM, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,477 ketua dan penolong amil fitrah bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah sepanjang Ramadan ini.
"LZS turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi. Bayaran akan ditolak terus dari akaun pengeluar zakat bagi pengguna pascabayar dan prabayar tanpa sebarang caj," katanya dalam kenyataan, Selasa.
Mohamad Adzib berkata LZS menyasarkan kutipan zakat fitrah RM20 juta tahun ini.
"Kutipan zakat fitrah tahun ini dijangkakan RM8 juta berbanding RM7.9 juta tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.