suria

PM Mahu Peneroka Felda Teroka Pasaran Antarabangsa

Datuk Seri Najib Tun Razak
MERSING: Peneroka Felda perlu memandang dunia sebagai pentas untuk memasarkan produk mereka dan tidak lagi bergantung kepada pasaran tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

Untuk mencapai tahap antarabangsa itu, beliau meminta peneroka Felda menggunakan teknologi tinggi, inovasi dan kreativiti dalam penghasilan produk-produk mereka.

"Felda tidak lagi boleh berada dalam lingkungan terbatas seperti dahulu tetapi perlu bergerak ke depan untuk menguasai pasaran antarabangsa menerusi penggunaan teknologi dan inovasi," katanya ketika merasmikan "Sentuhan Kasih", program terbaru Felda di Felda Tenggaroh 3 di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut Najib, Felda tidak lagi boleh bergantung kepada pembukaan tanah besar-besaran tetapi perlu beralih kepada teknologi untuk produktiviti produk yang lebih tinggi membabitkan kawasan tanah lebih kecil.
Felda, pasaran antarabangsa

Artikel Lain