suria

Palanivel Kecam Tindakan Letak Kepala Lembu

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang bertanggungjawab meletak kepala lembu di hadapan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer di Tingkat Tembaga pada awal pagi sabtu. 

"Ini negara berbilang kaum kita dan setiap orang harus menghormati agama orang lain," katanya dalam entri terkini Facebook beliau.

Pada pukul 7 pagi Sabtu, isteri Rayer menemui kepala lembu yang diletakkan di hadapan pagar rumahnya. Rayer kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di laman Facebook pada pukul 8 pagi dan menulis: 

 "Pagi ini saya terjumpa kepala lembu di hadapan pintu pagar rumah saya..." 

Wakil rakyat DAP itu, turut menyerahkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) kejadian itu kepada pegawai polis yang datang ke rumahnya bagi mengambil kenyataan. 


Visual rakaman CCTV tersebut menunjukkan seorang lelaki tiba di depan rumah Rayer dengan menaiki motosikal, membaling kepala lembu dan melakukan tarian ke arah kamera  sebelum beredar. 

Palanivel, RSN Rayer, kepala lembu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain