Wee yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa orang ramai supaya menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri dan tidak mendengar khabar angin mengenai tugas yang akan dikendalikannya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi kononnya akan diberikan portfolio bagi menjaga hal ehwal masyarakat Cina di negara ini.
"Ada banyak khabar angin, tekaan dan malah ada yang mengaku mempunyai maklumat tepat daripada sumber yang boleh dipercayai.
"Namun walau apa pun kita tetap perlu tunggu pengumuman Perdana Menteri," katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung MCA Bahagian Johor Baru di sini.
Tambah Wee, beliau dan Mah akan memulakan tugas secepat mungkin mulai Isnin di pejabat sementara di Putrajaya sementara menunggu mesyuarat Kabinet pada Rabu.