KUALA LUMPUR: Kebanyakan tempat di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras baik setakat 10 pagi Ahad. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 20 lokasi bagaimanapun merekodkan bacaan IPU sederhana termasuk Nilai (85), Pelabuhan Klang (80), Shah Alam (74), Petaling Jaya (71), Kemaman (70), Putrajaya (67) dan Cheras (63). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.