"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya," kata Najib di dalam laman Twitter beliau, Selasa.
Muhammad Kamal, 34, kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meninggal dunia selepas tergelincir dan terjatuh ketika melangkah untuk melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.
Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Tengku Aina Tengku Ismail berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan penyakit jantung menerusi laporan bedah siasat Hospital Putrajaya terhadap Allahyarham.