Sememangnya, aktiviti seumpama itu akan dapat meringankan beban golongan kurang bernasib baik.
Ini kerana, mereka juga sebenarnya berhak menikmati kegembiraan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri seperti orang lain.
Baru-baru ini, seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 15 tahun dari Yayasan Chow Kit dirai dalam suasana sederhana tetapi meriah pada majlis berbuka puasa anjuran Westin Hotel Kuala Lumpur.
Ini merupakan tahun kedua Westin Hotel menjemput kanak-kanak tersebut ke sini.
Kanak-kanak tersebut ternyata gembira dan tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.
Sementara itu, hotel tersebut turut mengagihkan sebanyak 100 bungkusan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Bukit Bintang.