Sementara itu, beliau memuji Hishammuddin kerana meneruskan gerakan mencari dan menyelamat yang beliau sendiri akan memantau perkembangannya dari dekat.
"Ia satu kelegaan untuk beliau lihat sehingga akhir, jadi kita bergantung kepada mereka dan kita perlu menunggu mereka untuk melakukan semua itu dan mereka mula mencari lagi, sama ada mereka menjumpainya atau tidak, itu soal lain.
"Kita perlu bersikap sedikit realistik dan memastikan bahawa apabila mereka berkata pada Ogos mereka akan memulakannya sekali lagi, mereka memulakannya semula. Mereka berjanji mereka akan berbuat demikian ," kata beliau kepada pemberita.
Pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama 239 orang hilang pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Dalam pada itu, Maira Elizabeth, anak kepada ketua pramugara Penerbangan MH370, Andrew Nari, yang juga menghadiri pameran foto menaruh harapan tinggi bahawa pihak-pihak berkaitan menunaikan janji dan berharap mereka dapat menemui pesawat tidak lama lagi.
"Semua orang dalam pesawat sama ada mereka mati atau hidup, ia tidak penting tetapi yang penting ialah mereka kembali, katanya.
Pameran Foto Penghargaan MH370 ialah anjuran Kelab Koresponden Asing Malaysia, yang mempamerkan empat puluh foto sentimental yang dirakam oleh jurugambar tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan mengenai tragedi kehilangan MH370.
Pameran itu yang akan berlangsung hingga 21 Julai di Publika Mall yang mempamerkan hasil kerja jurugambar dari pelbagai pertubuhan berita termasuk The Associated Press, Reuters, The Sun, Xinhua, The Malaysian Insider dan China Press.