Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Zulkefli Ab Rahman, 47, mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lot 31, Jalan Pasir Puteh, Kampung Pasir Tumboh di sini pada 6.30 petang 2 Julai lepas.
Nik Habri juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Zulkefli didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda 20 kali nilai mercun dan bunga api, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Karthy Gasedev dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala tertuduh tidak diwakili peguam.