Alyson, 24, berkata Jonathan, 28, meluru keluar dari hotel selepas mereka bergaduh kira-kira pukul 11 malam Jumaat.
Dia cuba menghubungi suaminya itu di telefon bimbitnya dan Facebook tetapi tidak berjaya.
Menurut Alyson Jonathan telah berhalusinasi sebelum meninggalkan hotel.
"Saya terpaksa mengingatkannya di mana kami berada," tambahnya.
Alyson berkata suaminya telah melihat 'orang-orang yang sebenarnya tidak berada di situ'.
Dia kali terakhir dilihat memakai seluar hitam dan kemeja putih dengan jalur ungu.
Pasangan itu baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pada Khamis dan akan terbang ke Bali, Indonesia pada Isnin.
Alyson memberitahu The Star bahawa mereka telah berkahwin selama kira-kira seminggu.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana Jonathan berada boleh menghubungi 03-2332-9888 (ext: 6907) atau ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di 03-2600-2222.