"Kami mensasarkan untuk mengutip barangan makanan bernilai sehingga RM500,000. Sebagai permulaan Tesco menyumbangkan barangan bernilai RM50,000," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer.
Bukan itu sahaja, pasar raya besar ini turut menyediakan 60,000 cawan air tembikai segar kepada polis dan balai bomba serta 23 cawangan di seluruh negara. Ini merupakan sumbangan tambahan yang diberikan selain memberikan bubur lambuk dan kurma.
"Usaha ini bagi menggalakan masyarakat mengamalkan makanan yang sihat sepanjang Ramadan," kata Fischer.
Dalam program Kasih Ramadan yang dianjurkan Tesco mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut hadir pada majlis perasmian yang diadakan di Tesco Ara Damansara baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh;
dan Pengerusi Lembaga Penasihat Tesco, Datuk Seri Mohamed Abid.
"Saya fikir dengan penganjuran program sebegini sangat mudah diterima kerana ia dapat menggalakan rakyat Malaysia supaya membantu golongan yang kurang berkemampuan," katanya.
"Tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh syarikat swasta amat dialu-alukan kerana kerajaan tidak dapat membantu semua orang," katanya.
Rohani turut mencadangkan agar Tesco dan pasar raya tempatan menyediakan peluang kerja lebih banyak kepada golongan kurang upaya.
"Terdapat kira-kira 400,000 penerima bantuan JKM, 50 peratus daripada mereka ini sangat aktif dalam usaha pembungkusan dan mengutip troli.
"Kami mahu golongan kurang upaya yang produktif dan mereka mampu bekerja hingga usia 60 tahun. Saya mahu lihat lebih ramai pihak tampil membantu golongan ibu tunggal," kata Rohani.Acara berkenaan berakhir dengan 'Sahur Charity Sweep' di mana sembilan daripada rumah kebajikan terpilih diberikan wang bernilai RM1,000 untuk memberi barangan dalam tempoh 15 minit.