Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang Selasa.
Kedua-duanya menyerah diri setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan mengganggu anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar menjalankan tugas di Bazar Ramadan di sini, Ahad lepas.
Syed Atif berkata: "Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."
Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.