suria

Johor Belum Persembah Enakmen Kepada Sultan Untuk Ditandatangani

Mohamed Khaled Nordin.
JOHOR BARU: Johor belum mempersembah Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN)
pada 9 Jun lepas, kepada Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk ditandatangani.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri perlu memperincikan semua butiran di dalam enakmen itu terlebih dahulu, dan tidak terburu-buru untuk menguatkuasakannya.

"Buat waktu ini, enakmen itu belum dipersembahkan kepada baginda kerana masih ada beberapa perkara yang belum selesai. Jadi, saya rasa tidak ada gunanya jika kita terburu-buru dalam soal ini," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Timur, Masai, di sini, Sabtu.

Mohamed Khaled berkata enakmen itu memerlukan kerajaan negeri menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan pentadbiran dan penstrukturan semula jawatan kakitangan kerajaan sebelum dilaksanakan tahun depan.

Artikel Lain