GEORGE TOWN: Fenomena ombak besar yang melanda negeri di utara tanah air berkait rapat dengan kejadian bulan penuh atau dikenali sebagai 'Supermoon'. Pelancong, Rebekah Russell ceria apabila dipukul ombak di Esplanade Tiupan angin kencang juga menambahkan lagi kebimbangan penduduk termasuk pelancong di sekitar Batu Ferringghi, Esplanade, selain Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Teluk Kumbar. Situasi itu juga menyebabkan lalu lintas sesak kerana kenderaan terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak ombak besar yang menghempas tembok pantai. Bagi penduduk di sekitar Pantai Bersih, Bagan Ajam di Seberang Prai Utara pula, kejadian itu mengingatkan insiden pada 2010 apabila ombak besar dan angin kencang mengakibatkan bot nelayan dihanyutkan dan sebahagian rumah di kawasan itu musnah. Sabtu lalu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan kedudukan bulan yang kelihatan dekat dengan bumi dan bersaiz lebih besar dan cerah daripada biasa. Pemandangan menarik Supermoon di Portland, Oregon . Menurut NASA, kejadian 'Supermoon' akan dilihat berada lebih dekat berhampiran bumi pada 10 Ogos ini dan 9 September ini. Bulan dan Bumi yang mempunyai jarak sejauh 356,577 kilometer kali terakhir dilihat berlakunya fenomena 'Supermoon' adalah pada 1993, dengan 20 peratus lebih cerah serta 15 peratus lebih besar berbanding saiz bulan biasa.