Difahamkan dalam kejadian pada 14 Julai itu, van Jabatan Penjara yang dipandu oleh warden penjara, sedang dalam perjalanan untuk memindahkan empat tahanan ke lokap Lahad Datu apabila mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sekitar pukul 4.30 petang.
Saksi mendakwa pemandu kenderaan pacuan empat roda, yang merupakan seorang anggota polis, hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan van berkenaan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supritendan Samsuddin Mat berkata kesemua 12 mangsa, empat dalam kenderaan pacuan empat roda di dan lapan dalam van telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Dua tahanan masih dirawat di hospital manakala dua lagi telah dibenarkan keluar dan sedang ditahan di lokap polis Lahad Datu," katanya.
Samsuddin berkata polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah Akta Pengangkutan Jalan.