Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kedatangan pelancong melalui pintu sempadan itu tidak akan menurun hanya disebabkan cadangan mengenai caj tersebut dan warga Singapura tetap akan datang ke Malaysia kerana produk dan makanannya lebih murah.
"Saya tidak fikir apa-apa yang perlu mereka bimbangkan berbanding caj S$35 kepada kenderaan asing yang memasuki Singapura bulan depan," kata Dr Wee pada sidang media di sini, Khamis.
Perdana Menteri Najib Tun Razak dilaporkan sebagai berkata, keputusan untuk melaksanakan caj VEP akan dibuat berdasarkan permintaan daripada kerajaan negeri itu manakala tarikh pelaksanaan dan kadar caj akan diumumkan kemudian.
Singapura terdahulu mengumumkan kadar kenaikan caj VEP Singapura daripada S$20 (RM50) kepada S$35 (RM85.70) mulai 1 Ogos ini.