Beliau berkata perintah berkurung itu yang mungkin ditetapkan di antara tengah malam dan pukul 6 pagi, untuk membantu mengetatkan keselamatan tidak menentu di kawasan-kawasan tertentu.
"Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersetuju untuk menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa kawasan bermasalah di pantai timur Sabah.
"Kami kini sedang memperkemaskan butir-butir dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mempunyai kaitan dengan perintah berkurung.
Beliau menambah kira-kira empat kawasan panas telah dikenal pasti walaupun beliau tidak menamakannya.
Khalid sebelum ini berkata kawasan pantai timur Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna dianggap sebagai 'kawasan panas'.
Perintah berkurung itu diilhamkan selepas serangan lelaki bersenjata terhadap pasukan Polis Marin, yang menyaksikan seorang pegawai, Koperal Abdul Rajah Jemuan terbunuh dan seorang lagi, Konstabel Zakiah Aleip, diculik.