suria

Tujuh Ahli SUPP Cabar Keputusan ROS

KUALA LUMPUR: Tujuh Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan untuk tidak membatalkan pendaftaran parti itu.

Mereka memohon pengisytiharan mahkamah untuk membatalkan keputusan oleh ROS pada 30 April lalu.

Parti itu juga memohon untuk menjadi pencelah dalam permohonan bagi semakan kehakiman.

Ketujuh-tujuh individu itu adalah Adun Bengoh, Datuk Dr Jerip Anak Susil, Adun Opar, Ranum Anak Mina, Adun Engkilili, Johnichal Rayong Ngipa, setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak, Shiling Anak Banggit dan Suzanne Lee Tze Ha, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Tiong Thai King dan Sia Jii Ming.

Pada Khamis, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Hakim Datuk Zaleha Yusof menetapkan Jumaat depan untuk mendengar permohonan pencelah, menurut peguam parti itu, Lester Chin.

Peguam pemohon, Edmund Bon berkata, mahkamah juga menetapkan Jumaat depan untuk mendengar permohonan mereka bagi mendapatkan dokumen-dokumen tertentu.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Fazley Kamarudin yang mewakili ROS dinamakan sebagai  responden tunggal dalam permohonan itu berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada pemohon pada 18 Jun untuk mendengar merit berhubung semakan kehakiman.
SUPP, ROS

Artikel Lain