PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa terkejutnya berhubung pesawat MAS MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh dan terhempas. Dalam Twitternya, beliau berkata, akan melancarkan siasatan segera. MAS telah terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis. Syarikat penerbangan itu dalam tweet terbaharunya berkata, kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk turut mengarahkan siasatan terhadap kemalangan pesawat MH17, menurut Reuters.