suria

MH17: Memori Pahit Pekerja Kargo Lapangan Terbang Schiphol

PEKERJA kargo, Martijn Hoebee mendakwa menjadi individu terakhir melihat semua penumpang yang menaiki pesawat MH17 sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.

Malah, beliau menyifatkan tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sebagai 'memori pahit dalam hidupnya' selama lapan tahun bertugas dalam bidang penerbangan, lapor DailyMirror.

Meluahkan rasa sedihnya menerusi laman sosial Facebook (FB), Hoebee berkata, dia sedang bekerja apabila pesawat itu ditembak jatuh.

"Saya sempat bercakap dengan kru pesawat itu sebelum ia berlepas dari lapangan terbang ke Kuala Lumpur," katanya.


Hoebee berkata, malapetaka itu menyebabkan fikirannya dalam keadaan yang tidak menentu.

Kegusaran Hoebee ini turut dikongsi rakannya, Fatmit Jusufi menerusi Twitter, yang menggambarkan pengalaman yang dilalui itu sesuatu yang benar-benar menyedihkan.

Sebelum penerbangan itu berlepas, seorang penumpang memuatnaik gambar di FB dengan berseloroh berkata: "Jika kami hilang, inilah pesawat yang dinaiki."



Martijn Hoebee, Amsterdam, MH17

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain