Obama berkata, insiden itu bukan yang pertama kali berlaku kerana mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut Ukraine dan sebuah helikopter sebelum ini.
Malah, menurut Obama, puak pemisah itu mendakwa mereka berjaya menembak jatuh jet pejuang.
"Puak pemisah ini menerima sokongan daripada Rusia dari segi latihan ketenteraan, senjata api dan senjata anti-pesawat," katanya pada sidang media Jumaat.
Obama menegaskan nahas MH17 merupakan tragedi global kerana pemberontak menembak jatuh sebuah pesawat dari negara Asia yang membawa penumpang dari pelbagai negara di ruang udara Eropah."Adalah penting untuk menjalankan siasatan antarabangsa yang telus seperti yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Oleh itu, semua ahli termasuk, Rusia dan puak pemisah pro-Rusia dan Ukraine perlu melakukan gencatan senjata dengan serta-merta," katanya.