Waris dan rakan mangsa yang terlibat diminta menghubungi Talian Bantuan Keluarga 'Malaysia Airlines' di talian +603 7884 1234 (di Malaysia).
Nombor talian lain yang turut boleh dihubungi mengikut negara masing-masing ialah:
Netherlands (pejabat Malaysia Airlines di Amsterdam ): +31 20 521 6252
Australia (pejab Malaysia Airlines di Sydney): +61 2 9364 3534
Indonesia (pejabat Malaysia Airlines di Jakarta): +62 2 1522 9705
New Zealand (pejabat Malaysia Airlines di Auckland: +64 9 306 3930
United Kingdom (pejabat Malaysia Airlines London ): +44 20 7341 2060
Germany (pejabat Malaysia Airlines di Frankfurt ): +49 69 1387 1980
Philippines (Malaysia Airlines di Manila): +63 2 889 1863
Setakat pukul 5 petang pada 19 Julai 2014 jadual di bawah menunjukkan senarai jumlah terkini penumpang yang dapat dikenalpasti mengikut kewarganegaraan masing-masing.
Sementara itu, Malaysia Airlines turut menghantar sebuah lagi pesawat yang membawa 212 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan agensi media ke Kiev dan Amsterdam dalam satu misi khas bagi MH17.
Seramai 85 orang 'Go Team' Malaysia Airlines turut dihantar termasuk limah ahli yang akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat di tapak nahas di daerah Donestk.
80 orang termasuk pasukan pengurusan akan ditempatkan di Amsterdam untuk menenangkan keluarga penumpang yang terlibat.
MH5002 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul9.30 malam dan tiba di Kiev pada pukul 2.58 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai 2014 dan akan transit selama dua jam.
Pesawat akan meneruskan penerbangan ke Amsterdam pada pukul 4.50 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Schipol Amsterdam pada hari yang sama.
Antara mereka yang turut serta dalam misi khas ini ialah, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, SMART, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Petugas Udara Khas Malaysia, Pasukan Tentera, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kimia Jabatan Agama Islam Malaysia, pasukan Pengesanan Mangsa dan Bencana serta agensi media yang terlibat.
Akhirnya, MAS memohon kerjasama daripada pihak media agar menghormati privasi keluarga mangsa yang terlibat.