Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Sejak semalam, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang dekat sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat-ayat Al-Quran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad yang mengesahkan kejadian itu berkata laporan polis sudah dibuat sejurus gambar wanita berkenaan tersebar dalam Facebook.
"Kami sendiri yang membuat laporan polis kerana tiada orang awam yang membuat laporan dan siasatan sudah dijalankan", katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun jika sabit kesalahan.