suria

Tiga Lemas, Enam Selamat Tongkang Karam Dekat Batam

SINGAPURA: Tiga orang termasuk seorang warga Singapura dipercayai lemas apabila sebuah tongkang yang didaftarkan di Singapura, Posh Mogami, karam di perairan dua batu nautika timur laut Sekupang, Batam, pada Jumaat.

Dua lagi adalah warganegara China dan rakyat Myanmar.

Dalam kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata sembilan orang berada di dalam tongkang itu ketika insiden itu berlaku pada Jumaat. 

Tongkang boleh separa tenggelam itu dilaporkan sedang melakukan percubaan untuk masuk ke dalam laut semasa kejadian berlaku.

Pihak berkuasa Indonesia menyelamatkan enam orang iaitu dua warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang warga Belanda, seorang warga Filipina, seorang warga Indonesia dan menemui tiga mayat.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap Posh Mogami, MPA sedang menyiasat punca inisden itu dengan pihak berkuasa berkaitan.
tongkang karam

Artikel Lain