suria

Daripada 'Sleeping Beauty' Kepada 'Puppet MB' - Netizen

PETALING JAYA: Perkembangan terkini drama politik di Selangor berikutan keputusan untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Sejak pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal pagi Selasa untuk meletakkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid, netizen atau pengguna Internet mula menyuarakan pandangan masing-masing.

Menerusi laman Twitter rasmi mStar Online (@mstaronline), pemilik akaun yang dikenali sebagai Shahnon Salleh (@shahnonsalleh) menyuarakan pandangan sinis mengenai keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Petikan komen netizen daripada akaun Twitter mStar Online yang mengecam keputusan melantik Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

"From 'sleeping beauty' to puppet MB?" demikian tulis Shahnon selepas mengulang twit berita laporan mStar Online berhubung keputusan melantik Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu seorang lagi pemilik akaun bernama Alfian Arif (@alpheanreve) turut menyuarakan kemarahannya berhubung berita berkenaan.

"@mstaronline sorry to say, leadership now becoming a family bussiness. Tahniah Malaysia," kaatanya.

Pandangan Alfian itu dipercayai merujuk kepada penguasaan ahli keluarga Anwar dalam PKR, termasuk yang terbaharu membabitkan masa depan politik Dr Wan Azizah yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


Reaksi pengguna akaun Facebook mengenai berita mStar Online bertajuk "MB Selangor: Khalid Digugurkan, Wan Azizah Calon MB Baharu".

Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook, pemilik akaun dengan nama Hanif Shawn menyifatkan tindakan PKR meneruskan 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu sebelum ini menunjukkan sikap 'gila kuasa' pakatan pembangkang.

"If this is not evidence of crazy for power, then I don't know what it is. Like seriously, I don't know how people can still love and vote for them.
(Jika ini bukan bukti gila kuasa, maka saya tidak tahu apa sebenarnya. Saya tidak tahu bagaimana orang masih boleh suka dan mengundi mereka)," demikian tulis Hanif.

Netizen menyakan sokongan terhadap Abdul Khalid.

Pada masa sama, ada pengguna laman sosial yang tampil menyatakan sokongan terhadap nasib yang menimpa Abdul Khalid.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Razif Aziz (@murazkey) berkongsi sebuah 'banner' yang bertulis: "Kami Rakyat Selangor Menyokong MB Selangor - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."

Seorang pemilik nama Hang Jebat (@Akim74301025) merayu supaya Abdul Khalid tidak tunduk kepada desakan partinya supaya berundur.

"Khalid tolong jangan resign, awak dihina parti sendiri," tulis Jebat.

Artikel Lain