Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintenden Othman Abu Bakar berkata mangsa, seorang suri rumah yang dikenali sebagai Swa Kim Chia, 71, ditemui terbaring dalam bilik air dalam keadaan berlumuran darah oleh jirannya.
Beliau berkata jiran mangsa mengesyaki sesuatu berlaku apabila tiga lelaki berusia lingkungan 30-an, yang tinggal di tingkat empat pangsapuri sama, dilihat berlari keluar dari rumah mangsa dengan baju yang mempunyai kesan darah.
"Ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan polis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.