Pengarah Urusan JKSB, Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata potongan itu adalah untuk pengguna yang menggunakan JSAHMS menuju sebelah pulau Pulau Pinang.
Potongan diberikan sempena sambutan Aidilfitri dan bagi menghargai pengguna jambatan.
"Bagi mereka yang memasuki jambatan menerusi Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam di Batu Kawan dan di Plaza A Plaza Tol Bersepadu Jambatan Sultan Abdul Halim di Bandar Cassia, boleh turut menikmati potongan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Purata 12,000 hingga 13,000 kenderaaan menggunakan JSAHMS untuk berulang alik ke pulau selepas ia mula memungut tol pada 1 April.