Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhd Izwan Arief Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 10.24 malam semalam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Katanya, lebih dari 100 anggota dari sembilan balai bomba termasuk dari Kajang dan Jalan Hang Tuah di sini dikerah ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dari terus merebak ke kawasan kilang lain berhampiran.
"Kebakaran itu bermula dari tingkat atas kilang pakaian dua tingkat itu sebelum merebak ke kilang pembuat alat gantian kenderaan yang terletak bersebelahan," kata beliau.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.