Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pembukaan jalan itu akan dibuka secara berperingkat mengikut status kerja-kerja pembaikan.
"Kita dapati strukturnya tidak membimbangkan, malah kita perkukuhkan lagi dengan kerja-kerja penuangan konkrit di dalam kawasan mendapan," katanya semasa melawat tapak berkenaan pada Jumaat.
Beliau berkata konsep projek pembinaan laluan bawah tanah di kawasan itu akan dilaksanakan secara 'open-cut' dan tidak lagi menggunakan konsep asal secara 'micro-tunneling' atas faktor keselamatan kepada utiliti dan struktur tiang monorel.
Pada 2 Julai lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah yang dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.