KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri pada Isnin, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam Ahad. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014," katanya. Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.