KUALA LUMPUR: Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke utara, pantai timur dan selatan pada sebelah tengah hari. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata bagi laluan arah utara, trafik perlahan sebelum Plaza Tol Juru dan di sepanjang satu kilometer sebelum Bukit Tambun. "Trafik juga didapati perlahan dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar," katanya ketika dihubungi Bernama. Bagi laluan arah selatan, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan sebelum Plaza Tol Skudai dan dari Nilai ke Seremban. "Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju Plaza Tol Gombak," katanya. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan akaun Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 dan akaun Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.