suria

Lelaki Ditemui Mati Rentung Pagi Raya Keempat

KOTA KINABALU: Seorang lelaki rentung selepas rumah yang didiaminya di Kampung Seri Pandan, Putatan, musnah dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah awal Khamis.

Mayat mangsa, Kadir Ghani yang berumur lingkungan 50-an, ditemui di bahagian ruang tamu rumah berkenaan dalam kejadian kebakaran kira-kira 3 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.14 pagi sebelum menggegaskan tiga jentera bomba berserta 24 anggota dan pegawai.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Putatan dan Kota Kinabalu itu berjaya mengawal kebakaran kira-kira 4 pagi.


Sabah, Putatan, Bomba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain