Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata peningkatan kenderaan dijangka berlaku di semua arah namun pada ketika ini hanya terdapat dua kawasan mencatatkan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi.
Katanya dua kawasan itu ialah dari arah Bukit Gantang menghala ke Kuala Kangsar, Perak dan dari arah Nilai ke Seremban.
"Kami menjangkakan kenderaan meningkat selepas solat Jumaat," katanya.
Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.