MELAKA: Selaras senapang patah milik seorang anggota renjer Jabatan Perhilitan Melaka hilang selepas kenderaan pacuan empat roda jabatan itu dipecah berhampiran Masjid Pengkalan Minyak hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Razali Bakar berkata ketika kejadian anggota berusia 46 tahun tersebut sedang menunaikan solat Jumaat. "Mangsa kemudiannya mendapati cermin di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kenderaan itu pecah sementara shortgun semi automatik jenis Beretta dan sebuah telefon bimbit telah hilang," katanya kepada pemberita di sini. Senjata berkenaan bagaimanapun tidak berpeluru.