Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, aliran trafik adalah perlahan dari Bukit Gantang ke Kuala Kangsar dan sebelum tol Jelapang.
Namun trafik kembali lancar selepas tol tersebut.
"Aliran trafik dari Bukit Tambun ke Jawi juga dilaporkan perlahan sejauh 2 hingga 3 kilometer kerana berlaku kemalangan di Km 159," katanya.
Bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Pantai Timur ketika ini masih lancar, katanya.
Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.