Karimah Mohd Noor, 61, kehilangan dua utas gelang permata berlian, sebentuk cincin berlian dan emas serta sepasang subang emas kepada tiga orang penyamun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 5.40 petang apabila mangsa didatangani tiga individu termasuk dua wanita yang berpura-pura mahu menyewa sebuah bilik.
"Dua daripada suspek kemudiannya dibawa melihat bilik yang mahu disewakan sementara seorang suspek menunggu di luar rumah.
Noorzainy berkata kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang petani berumur 27 tahun cedera akibat dilibas dengan parang oleh seorang suspek di Kampung Padang Bual, Hulu Besut awal pagi tadi.
Ketika itu mangsa sedang bermain karom dengan rakan-rakannya di sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1 pagi.
Noorzainy berkata mangsa telah menegur suspek yang sebelum itu telah dilihat mengangggu beberapa penduduk kampung, tetapi suspek terus mengeluarkan parang dan melibas mangsa.